MEOW : Juga Viral

MEOW atau ‘message of the week‘ merupakan sebuah artikel yang dipilih dari koleksi artikel iluvislam.com. Artikel tersebut akan disunting dengan design yang menarik. Kemudian, ia akan di’realease’ untuk dimuat turun oleh pelayar iluvislam.com terutamanya mahasiswa. Pelayar iluvislam.com perlu mencetak MEOW atas initiatif sendiri dan perlu menampalnya di lokasi-lokasi strategik.

Namun, team brand marketing iluvislam.com (team wakil IPT, team wakil sekolah dan team wakil pejabat sahaja) adalah diwajibkan untuk mencetak dan menampal MEOW.

Kini kami menerbitkan MEOW sekali sahaja sebulan. Target kami tahun ini, ia mampu diterbitkan sekali seminggu.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada team wakil IPT iluvislam dan juga team designer iluvislam atas sinergi dan kejayaan projek ini.

Semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada semua terutama mahasiswa-mahasiswa di IPT dan juga adik-adik di sekolah.

Dijemput kepada rakan-rakan iluvislam.com (tidak semestinya mahasiswa dan pelajar sekolah) untuk memuat turun MEOW, mencetaknya dan menampalkannya di lokasi-lokasi strategik di sekolah, IPT, surau mahupun pejabat kalian.

MEOW 3 : Mac 2010

Klik sini atau gambar untuk muat turun.

MEOW 2 : Februari 2010

Klik sini atau gambar untuk muat turun.

Sumber : www.iluvislam.com